Thursday 6 November 2014

Pening pening pening

Memang banyak benda nak buat bila penghujung tahun....
Pening kepala den....

Tugas Guru Di Malaysia

Jom semak tugas guru di setiap penghujung tahun:

1.  Menyemak kertas peperiksaan
2.  Kursus kursus kursus kursus
3.  Menyiapkan buku laporan murid
4.  Meeting meeting meeting meeting
5.  PLBS
6.  Laporan KK
7.  Persiapan tahun depan
8.  Bersedia untuk majlis anugerah
9.  AJK majlis anugerah
10. Perjumpaan dengan ibubapa
11. Buku teks
12. Menyiapkan fail
13. SAPS
14. e profil
15. PBS offline
16. Mengisi data KK
17. SEGAK
18. e prestasi
19. emis
20. SKPM
21. Laporan LDP

Sila tambah :)

Banyak lagikan?
Salam Jumaat yang indah...

Doa hari ini agar semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga segalanya dirahmati Illahi

Amin

Kejadian Hari Ini

Hidup adakalanya tidak berjalan seperti yang diharapkan.


Wednesday 5 November 2014

Bicara Pembukaan Dari Sang Naga

Bertarikh 4.11.2014 maka lahirlah blog ini sebagai memenuhi permintaan SESEORANG yang beria-ia mahukan saya mewujudkan blog sebagai cara menambah pengetahuan dalam bidang IT.  Walaupun telah bertahun saya meninggalkan dunia blogger ini tetapi atas permintaan ini saya MEMAKSA DIRI untuk kembali beraksi.  Cuma apabila ada titipan saya yang menyinggung perasaan orang lain, itu adalah secara TIDAK SENGAJA.

Saya bukanlah seorang sasterawan yang boleh menarikan jari saya di atas keyboard ini dan bukan juga seorang keyboard warrior kerana sifat saya bukan ekstremis.  Saya suka mengikuti perkembangan semasa dan memberikan pandangan saya pada sesuatu isu.  Buah fikiran saya tidak semestinya bersifat ekstremis atau mempopularkan diri di sini.  Hanya untuk berkongsi pandangan saya yang tidak seberapa.

Saya bukanlah graduan dan bukan juga bijak pandai.  Saya cuma mengutarakan pandangan saya pada sesuatu perkara yang saya perlu luahkan di sini.  Saya menulis tidak mengira SIAPA DIRI ANDA kerana saya seorang yang bersifat terbuka dan tujuan saya hanyalah untuk mempertingkatkan diri sendiri dan memberi sedikit teguran pada perkara yang saya rasa salah.

Sekian.